Followers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 18 July 2011

single :)


aku skrg da single .
aku ta perlu bimbang pasal sape2 da .
skrg nih , yg penting dlm hidup adalah FAMILY and kawan2 aku :)
hahah , k ar chawww :)

Friday 17 June 2011

15.06.2011 ~ RABU ~

1 ) aku main pools . mcm biase kala la . 4 game aku main , semua kala . hahaha mmg noob laa :)
2) tegok wayangg . aku tegok KL Gangsters dol . sumpah bestt . hahaha ^^
3) karokk . aku nyanyi 6 laju bhai , korang bole ker . haha tapiii sume sumbang . haah
aku nk berterima kasih pade WAN , kau mmg baik la dol , arini kau sapot aku . nnti kalau aku ade duit aku sapot kau pulakkk . haah ^^
oke laa . aku na rehat sbb sudah penat memekak kat RED BOX . ahahha chawww ^^

Monday 13 June 2011

you :(

selagi kite mampu menjaga hati . jagala sebaik yang mungkin :')

tertarik pada status nie , hahah ^^

Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Ahahah........ ada2 je diorg ni......

Thursday 2 June 2011

cinta seorang lelaki :')

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalir air mata apabila hatinya dilukai.
Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk kamu itu..

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping dengan kamu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu..

Selain itu, jika teman lelaki kamu sentiasa buat hati kamu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang..

Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuat hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur..
Jangan kamu anggap teman lelaki kamu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya..

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuk bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelaki kamu menyatakan dia selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelaki kamu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada kamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja..
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantu kamu adalah teman lelaki kamu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan dari kamu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya..

Sekiranya teman lelaki kamu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buat kamu..

Manusia tidak ada yang sempurna.. samalah juga teman lelaki kamu.. tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecil hati, tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia.. berilah dia masa untuk berubah.. nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk bahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik.. jangan la kamu cari penganti dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahan dia.. dan kamu pasti ke penganti kamu tu dapat bahagiakan kamu..

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi diri kamu apabila teman lelaki kamu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya..

Jadi, hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya.. berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki..

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penganti, alas an kamu dah tak ada hati dan tak serasi, kamu pula macam mana? Adakah kamu itu tak pernah buat silap? Kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?

Jangan biarkan ego menguasai perasaan.. kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti..

Mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik.. dan.. ikhlas itu tak boleh dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati..
nape aku rase mcm ade sesuatu yg ta kena ek ?
perasan aku selalu bertuka² . aku tanak nages sebab pompuan
aku cume nk hepy bile aku gan dkau . tu jeh aku nak .
aku harap kau jgn ikut suka hati kau jeh nk wat ape . kalau nk buat sesuatu pikir aku dulu .
aku tahu kau rindu kat bf lame kau . aku faham :)

Tuesday 31 May 2011

blog baru :)

hye kawan² ....
nie blog baru aku ..
yang lame ta bole bukak .
pada followers yang dulu .
meh follow blog nih pulakkk . hee :)